Garis masa peristiwa pada tahun 1969 Kebangkitan_1969_di_Pakistan_Timur

  • 4 Januari: Shorbodolio Chatro Shongram Porishad (Jawatankuasa Tindakan Pelajar Semua Parti) memaparkan agenda 11 perkaranya.
  • 7–8 Januari: Pembentukan sebuah gabungan politik yang dinamakan Jawatankuasa Tindakan Demokratik (DAC) untuk memulihkan demokrasi.
  • 20 Januari: Aktivis pelajar Asaduzzaman meninggal dunia apabila polis melakukan tembakan ke arah para penunjuk perasaan.
  • 24 Januari: Matiur, aktivis remaja ditembak polis.
  • 15 Februari: Sarjan Zahurul Haq, salah seorang banduan Kes Konspirasi Agartala dibunuh di penjara.
  • 18 Februari: Dr. Shamsuzzoha dari Universiti Rajshahi terbunuh apabila polis melepaskan tembakan ke atas perarakan senyap di Rajshahi.
  • 21 Februari: Pengguguran Kes Konspirasi Agartala.
  • 23 Februari: Sheikh Mujibur Rahman diberi sambutan hebat, dimana beliau diberi gelaran Bangabandhu (rakan Bengal).[1]
  • 10–13 Mac: Ayub Khan memanggil pihak pembangkang untuk mesyuarat meja bulat.
  • 24 Mac: Ayub Khan menyerahkan kuasa kepada Jeneral Yahya Khan.